Home.Persatuan Kita.Interaktif.Berita.Galeri Aktiviti.Contact.

© 2009 Persatuan Veteran RTM

sudah pun menetap di Vancouver (kota indah dipisahkan oleh selat dengan Victoria) tetapi sengaja datang ke Victoria untuk beretemu orang-orang Malaysia dan kawan-kawan RTM yang membuat liputan. Bertambah pula dia berminat sangat dalam lapangan sukan. Panjang juga perbualan kami selama tiga hari yang sempat saya berjumpanya diluar tugas resmi. Saya tidak mudah lupa kisahnya merantau berkereta ke Alaska (wilayah USA yang paling terpencil) dimusim panas. Nyata sekali semangat mengembaranya tetap membara sejak zaman mudanya sebagai antara penunggang handal dalam perlumbaan motosikal tanah air yang pernah disertainya.
Kawan kita Haji Ismail Hashim ada juga berkunjung kerumahnya di Vancouver baru-baru ini. Haji Ismail memberitahu kami dia nampak uzur. Seorang lagi rakan yang sering berhubung dengannya melalui e-mail ialah Datuk Ahmad Merican. Menurut Datuk kebelakangan ini sebelum kembalinya Allahyarham e-mailnya agak terputus. Difahamkan bilik bacaannya terletak ditingkat atas bangunan rumah 3 tingkat sementara dia lebih banyak meluang masa diruang tamu tingkat bawah kerana gangguan kesihatan.

HAJI KAMARUDDIN WADUD saya kenali lebih akrab ketika beralih pejabat dari Wisma Radio ke Wisma TV pada tahun 1980’an. Ketika itu dialah pegawai kanan dalam Perkhidmatan Bekalan Filem yang kemudian bertukar nama kepada Bekalan Rancangan. Kamaruddin ialah anak jati Selayang Lama di sebelah utara KL dan guru bertauliah yang terlatih. Walaupon kami kerap bersembang tidak sampai pula kesoalan bagaimana dia boleh beralih karya. Saya suka berborak dengannya kerana wisdom nya.
Dipenghujung karyanya di RTM dia banyak bercerita tentang berbagai kerenah pembekal-pembekal rancangan apatah lagi
apabila program pengsawastaan dilaksanakan. Dia juga menghadapi masaalah perjawatan kerana jawatan Ketua Perkhidmatan itu disandang oleh pegawai-pegawai yang tiada setanding pengalaman sepertinya dalam bidang berkenaan. Akhirnya berikutan gangguan kesihatan dia memilih untuk bersara sebelum penyelesaian tercapai menyebabkan RTM kehilangan seorang pegawai yang luas pengalaman dalam bidang bekalan rancangan.
Saya tidak pernah bertemu dengannya sejak dia bersara tetapi difahamkan dia bergiat sungguh dalam bidang keagamaan yang memang disenanginya. Kamaruddin berhemah tinggi. Pada hari pengkebumianya ramai yang datang, dari jauh dan dekat, menziarahi jenazahnya hingga berlaku kesesakan lalulintas disekitar kawasan perumahannya di Ampang. Kami terpaksa berjalan kaki begitu jauh untuk memberi penghormatan. Itulah tanda seorang yang disayangi oleh sanak saudara, handai taulan.

ASIAH OMAR IDRUS ialah antara kenalan sejak saya mula berkarya di Radio Malaysia. Seangkatan. Kami masuk pada waktu yang hampir sama dan menempuhi latihan sambil kerja bersama-sama. Jawatan awalnya ialah BA3. Sebagai karyawan wanita dia banyak membuat kerja dalam studio atau konti sementara kami yang dianggap Gurkha membuat liputan luar dan sebagainya.
Asiah yang saya kenali adalah seorang yang peramah, murah hati, banyak bertolak-ansur serta enggan meluka hati orang yang disenanginya sehingga