Home.Persatuan Kita.Interaktif.Berita.Galeri Aktiviti.Contact.

© 2009 Persatuan Veteran RTM

KAWAN-KAWAN DALAM KENANGAN
(Kiriman Hj.Amran Hamid)

Saya amat sedih menatap ruang ‘Al-Fatihah’ di dalam Suara VETERAN Julai 2003 kerana mengenali secara peribadi semua 10 tokoh yang sudah pergi itu. Dukacita saya tidak kenal tokoh dalam ‘R.I.P’. Disini saya ingin menyingkap kembali pengalaman dengan tokoh-tokoh yang dikenali tanpa prejudis.

BALASUNGKAWA

MURTAZDZA ZAABA saya kenali suaranya sejak dibangku sekolah lagi pada tahun 1950’an kerana kebijaksanaan ulasan-selari bolasepaknya yang saya anggap setara dengan hasil karya ayahandanya Pendita Zaaba dalam bidang bahasa dan sastera tanah air yang dipakai sebagai buku teks sekolah zaman itu. Bila saya menyertai Radio Malaysia pada tahun 1963 dia telah memegang jawatan No. 3 dalam heraki Jabatan Radio. Selepas menempuh temuduga jawatan tetap BA2 saya menghadapi krisis dengan Ketua Perkhidmatan Pertanian ketika itu menyebabkan saya menghantar notis meletak jawatan. Kes ini mendapat perhatian pihak atasan dan Allahyarham telah memanggil saya menasihat supaya menarik balik surat berkenaan. Saya berdegil mengatakan saya akan buat keputusan apabila hasil temudaga diterima. Dalam masa singkat keputusan temuduga keluar; hanya saya dan Aziz Ibrahim sahaja dilantik oleh SPA kejawatan BA2. Saya kembali berjumpa Allahyarham menarik balik notis, dan sukar bagi saya melupakan kata perpisahannya, "Don’t be too stubborn in your profession". Selepas itu saya berjumpanya sekali-sekala dilif Rumah Persekutuan dan sebagainya. Pengalaman dengannya bila berpindah ke Angkasapuri pada tahun 1972 terlepas dari ingatan saya. Bagaimanapon dia
banyak memberi tips tentang teknik ulasan-selari sukan.
Kemudian dia bertugas sebagai Ataci Penerangan di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Bila kami (Kassim Aris, Zulkarnain Hassan dan saya) membuat liputan Piala Thomas di sana pada tahun 1973 dia telah membawa kami bersiar-siar di waktu lapang hingga melarat ke kota Bandung bersembang hal-hal lama dan semasa.
Kali kedua saya berjumpanya di Jakarta ialah bersama Baharin Tahir sekembali dari liputan Sukan Komonwel 1974 di Christchurch, New Zealand. Kali ini barulah saya kenal peribadi Murtadza yang sejati. Dia tidak mengizinkan kami menginap di hotel sebaliknya mempelawa kerumahnya. Katanya dia keseorangan dan sangat sunyi di rumah yang begitu besar di Jalan Surabaya serta mahu ‘update’ hal-hal tanah air. Kami ini seolah-olah orang kesayangannya. Dia telah mengambil cuti untuk melayan kerenah kami berdua.
Perkara yang saya sukar lupa ialah ketika kami hendak pulang. Dia sungguh kelihatan pilu. Di bilik bacaannya dia menyerahkan dua envelope yang dialamatkan kepada kedua-dua isterinya yang masih bertugas di Angkasapuri ketika itu. Katanya kepada saya, "Kamu jangan silap bagi. Hancor nanti!". Jawab saya berseloroh, "Encik Taza dah check ke surat yang mana masuk envelop mana. Itu lagi besar bahayanya!". Kami bertiga berdekah-dekah ketawa sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakasuma.
Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah di Victoria, Canada semasa Sukan Komonwel 1994. Dia