© 2009 Persatuan Veteran RTM

Itu tertulis namanya, “T.Jugah”. Itulah TANDA TANGANNYA.
Sewaktu Tun Razak melawat Negeri China, Temengong Jugah ikut serta. Ketika turun di lapangan terbang, seperti adatnya, orang-orang China akan menyebut-menyebut nama pemimpin yang dialu-alukan sambil ditingkah-tingkah dengan tepukan.
“Lajak... Lajak... (Tepuk), ... Laha––Laha... (Tepuk) Ertinya, Razak... Razak... Raha... Raha (Toh Puan Rahah, Isteri Tun Razak). Tapi Toh Puan Rahah tak ikut pergi waktu itu. Rupanya, orang-orang China menyangka Temenggong Jugah itu Toh Puan Rahah melihat kepada potongan rambutnya seperti potongan rambut perempuan.
Dia kerap melawat ke kawasan Luar Bandar. Banyak peruntukan segera diluluskannya untuk membaiki kemudahan orang ramai di Kampung. Saya membuat liputan lawatannya ke kawasan Masyarakat Bidayuh di Bahagian Pertama, Kuching. Kampung itu dipisahkan oleh sebuah parit besar dimana Jambatannya sudah tua. Mereka minta Jambatan baru. Jambatan yang boleh dipakai itu diruntuhkan, dipasangkan kayu panjang melintang sebagai titian. Apabila Temenggong Jugah sampai, semua orang menyuarakan dalam rombongan kena turun dan naik titian
tersebut untuk ke seberang. Orang Kampung menyuarakan kesusahan mereka kerana tak ada Jambatan. Temenggung Jaguh memanggil Setiausaha peribadinya.
“Sidi.” Katanya penuh ‘authority’. Pembantunya bernama Sidi Munan.
“Ya, Apai.” Jawab Sidi sambil berlari mendapatkan orang tua itu dan bersedia dengan kertas dan pen di tangan.
“Jembatan Baru untuk orang Kampung ini.” Katanya pendek.
Sewaktu pertemuan itu, Temenggung Jugah akan bercakap panjang lebar mengenai perpaduan dan rakyat mesti kerja keras kerana kita sudah merdeka. Sarawak mesti maju seperti Malaya yang sudah maju. Dia menoleh kepada Penghulu kampung tersebut.
“Penghulu sudah melawat Malaya?”
“Belum Apai.” Jawab Penghulu itu dengan hormatnya.
:Sidi... Hantar Penghulu ke Malaya. Lihat Pembangunan.” Katanya.
Itulah cara Temenggong Jugah menjalankan tugasnya. Dia membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Apa yang dijanjikan tadi dilaksanakan. Jambatan kampung itu dalam beberapa bulan kemudian telah siap dibina. Penghulu pun sudah pulang dari lawatannya ke Malaya bersama rombongan pemimpin masyarakat yang lain.
Walaupun tidak bersekolah, otaknya tajam dan ingatannya kuat. Dia seorang ‘’, pemimpin masyarakat tradisional yang dihormati dan dikasihi di Sarawak. Sumbangannya kepada Malaysia cukup besar. Kini tersergam sebuah Gedung moden yang diberi nama ‘BANGUNAN JUGAH’ tak jauh dari Hotel Holiday Inn, di Padungan, Kuching.
Walaupun dalam Temu Ramah dengannya, kita tidak faham akan beberapa sebutannya. Macam WATAT bank, kita sangka yang dimaksudkan CHARTERED Bank. Sebenarnya memang ada sebuah Bank tempatan yang dimaksudkan WAH TAT bank, sebuah Bank China yang tertua di Sibu. Kita sebenarnya jahil.
Madzhi Johari.
Jmadzhi@yahoo.com