diadakan dengan Suruhanjya Cobbold untuk menentukan pandangan penduduk Sarawak terhadap Persekutuan Malaysia itu, Temenggong Jugah adalah di antara ketua kaum yang berdiri, dengan berpakaian tradisional Iban, lenmgkap bercawat dan parang Ilang tersisip di pinggang dan topi bulu burung enggang melekap di kepala, bercakap dengan petahnya dalam bahasa Iban menyokong Persekutuan Malaysia itu.
“Mula-mula Apai berasa malu Nak, kerana disuruh pakai cawat. Orang ramey” katanya dalam temuramah itu. Tetapi apabila dia mulai bersemangat, perasaan malu itu hilang.
“Kemasukan Sarawak dalam Malaysia adalah satu keputusan yang baik” kata Temenggong Jugah. “ Sejak itu ekonomi berkembang. Bank mulai banyak tumbuh. Dulu hanya ada WATAT Bank di Sibu. Kemudian naik Maybank, Hock Hua Bank dan lain-lain.” Saya dan Jaraw tersenyum kerana Chartered Bank disebutnya WATAT bank. Katanya dia baru balik dari luar negeri. Peperangan berlaku di Black Nam antara tentera kerajaan dengan Black Kong. “Bagaimana negeri mau maju jika terus ada peperangan seperti itu?” katanya lagi. Saya menjeling kepada Jaraw seolah-olah bertanya di mana negeri Black Nam dan Black Kong itu. Jaraw berbisik “Vietnam dan Vietcong”.
Perbualan kami terhenti sebentar kerana Pembantu Peribadinya datang membawa surat penting untuk ditandatangani segera. Pembantu berbisik detlinganya agaknya menerangkan isi surat itu. Temenggong Jugah tidak pandai membaca dan menulis. Dia mengangguk faham. Sebelum membubuh tanda tangan pada surat tersebut dia menyinsing lengan baju panjangnya dan mengamati tattoo di pergelangan tangannya. Dia mengikuti lukisan tatoo itu dengan berhati-hati di atas kertas tadi dan memberikannya kepada