Home.Persatuan Kita.Interaktif.Berita.Galeri Aktiviti.Contact.

© 2009 Persatuan Veteran RTM

 

 

PVRTM ditubuhkan dengan tujuan:

 

1. Menjalin hubungan interaksi dan semangat setiakawan di samping menjaga kebajikan ahli

 

2. Membantu ahli-ahli dalam meningkatkan taraf kehidupan

 

3. Memberi sumbangan nasihat, pandangan dan pengetahuan dalam perkembangan dunia penyiaran

 

4. Menjalankan aktiviti ekonomi termasuk perniagaan, membeli, memiliki dan menjual harta-harta tidak alih dan alih; membuat pelaburan dalam bentuk saham, bon, mengadakan usahasama perniagaan, membuat pinjaman kewangan dari institusi kewangan berdaftar. Semua keuntungan yang terhasil dari aktiviti ini tidak boleh dibahagikan kepada ahli tetapi digunakan hanya untuk mencapai tujuan Persatuan.

 

Ahli Biasa ialah sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun keatas, warganegara Malaysia dan pernah bertugas di Radio TV Malaysia.

 

Permohonan menjadi ahli adalah melalui Borang Permohonan  yang diisi dengan betul dan disertakan Yuran Ahli (RM 50 seumur hidup) hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Agung Pusat/Cawangan untuk diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang terdekat.

 

Ahli Kehormat ialah individu-individu yang pada pandangan Jawatankuasa membuat sumbangan besar kepada persatuan dan dijemput menjadi Ahli Kehormat.

 

Ahli boleh memilih untuk berhenti daripada menjadi ahli dengan memohon berbuat demikian kepada Jawatankuasa Pusat.

 

Klik di sini untuk Borang Permohanan Menjadi Ahli.

 

Adobe Acrobat Reader diperlukan untuk membuka borang pdf.